Menteri baharu Mali dilantik tubuhkan kerajaan

MOSCOW, 28 JULAI – Presiden Mali Ibrahim Boubacar Keita melantik enam menteri baharu dan menugaskan mereka untuk mengadakan rundingan bagi menubuhkan kerajaan perpaduan nasional, lapor agensi berita Sputnik.

“Presiden republik itu telah memutuskan untuk membentuk pasukan menteri yang terhad … bertujuan membentuk sebuah kerajaan perpaduan nasional,” kata Ketua Pentadbiran Presiden Kamissa Camara di saluran televisyen ORTM.

Menteri-menteri baharu yang akan membentuk pasukan ini telah dilantik di kementerian pertahanan, kehakiman, keselamatan, pentadbiran wilayah, hal ehwal luar negeri serta ekonomi dan kewangan. – Bernama