Menteri bersidang tamatkan perang Libya

MUNICH, 16 FEB – Menteri-menteri luar dan pegawai kanan lain dari kira-kira 12 negara berkumpul hari ini di Jerman untuk meneruskan usaha perdamaian di Libya selepas negara dengan kepentingan dalam perang saudara bersetuju untuk menghormati sekatan senjata dan menyokong pelucutan senjata sepenuhnya.

Dengan mesyuarat mengenai isu sampingan Persidangan Keselamatan Munich, Jerman dan PBB berusaha meneruskan satu kempen untuk memutuskan sokongan tentera luar terhadap pihak yang berperang.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres telah berkata perjanjian yang dicapai pada 19 Januari di antara pemimpin di Berlin telah dicabul berkali-kali dengan meneruskan penghantaran senjata dan pertempuran yang meningkat.

Libya telah dibelenggu krisis sejak 2011, apabila perang saudara mengguling diktator Muammar Gadafi, yang terbunuh selepas itu.

Satu pentadbiran yang lemah yang kini mengawal ibu negara Tripoli dan sebahagian daripada kawasan barat negara telah disokong oleh Turki, yang baru-baru ini menghantar ribuan tentera ke Libya, dan Qatar dan Itali serta militia tempatan.

Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu (kanan) dan Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov berjabat tangan sebelum Persidangan Keselamatan Munich di Munich, Jerman pada 15 Februari 2020. – AP

Ia juga ditadbir oleh kerajaan di kawasan timur yang menyokong Jeneral Khalifa Hiftar, di mana tenteranya melancarkan satu serangan untuk menawan ibu negara Libya Tripoli pada April lalu. Mereka disokong oleh Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Perancis dan Rusia.

Sejak sidang kemuncak Berlin, puak tentera Libya telah bertemu di Geneva dalam usaha yang diketuai PBB untuk mencapai satu gencatan senjata yang berkekalan.

Pusingan pertama menemui kegagalan apabila pegawai-pegawai menamatkan rundingan tanpa memeterai satu perjanjian, walaupun rundingan seterusnya dijangka diadakan pada minggu depan.

Pada Rabu, Majlis Keselamatan PBB mengesahkan 55 perkara pelan tindakan untuk menamatkan perang di Libya dan mengecam peningkatan dalam keganasan di negara Afrika Utara itu.

Kesatuan Eropah, dengan menteri-menteri luar dijangka membincang Libya esok, sedang menimbang sama ada dan bagaimana memujuk kapal tentera laut untuk menguatkuasakan sekatan senjata PBB ke atas Libya. – AP