Monday, January 20, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Brexit Britain letak jawatan

    LONDON, 19 DIS – Menteri Brexit Britain, David Frost meletak jawatan daripada kerajaan berkuat kuasa serta-merta ketika pentadbiran Perdana Menteri Britain, Boris Johnson berdepan pemberontakan parti terhadap sekatan baharu COVID-19 dan pilihan raya kecil yang memalukan.

    Frost yang juga sekutu yang dipercayai Johnson, menghantar surat peletakan jawatannya walaupun terdapat laporan bahawa beliau hanya akan meninggalkan jawatannya pada Januari ini.

    “Ia mengecewakan apabila hasrat saya ini sudah diketahui umum lebih awal maka adalah wajar untuk saya berundur dengan serta-merta,” kata Frost dalam surat itu, yang diterbitkan pejabat Johnson’s Downing Street.

    Frost memberitahu Johnson bahawa beliau mempunyai kebimbangan mengenai arah perjalanan semasa peraturan COVID-19 dan kenaikan cukai. Johnson kemudiannya memberikan maklum balas bahawa pihaknya amat kesal menerima peletakan jawatan itu dalam keadaan Frost menyumbang banyak kepada kerajaan.

    Laporan The Mail hari ini, menyatakan Frost sudah menyerahkan surat peletakan jawatan minggu lalu namun diminta untuk menangguhkannya hingga bulan depan. Johnson kini disifatkan ‘terkapai-kapai’ dengan pemberontakan oleh 100 ahli parlimennya dalam undian Parlimen berhubung langkah COVID-19.

    Melalui surat peletakan jawatan itu, Frost memberitahu Johnson hasratnya supaya mereka dapat bergerak lebih cepat bagi mencapai sasaran ekonomi keusahawanan, cukai rendah dan kelonggaran peraturan. – AFP

    Gambar fail menunjukkan David Frost memberikan kenyataan media di ibu pejabat EU di Brussels. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda