Menteri Congo isytihar wabak campak

KINSHASA, 11 JUN – Menteri kesihatan DR Congo telah mengisytiharkan wabak campak yang mungkin telah membunuh 1,500 orang, menurut analisis statistik.

“Kami telah melihat peningkatan dalam jumlah kes campak sejak awal tahun, dengan 87,000 kes disyaki” dilaporkan pada pertengahan Mei, kata Menteri Kesihatan Oly Ilunga Kalenga semalam.

Jumlah tersebut mewakili pertambahan tujuh kali ganda berbanding tempoh yang sama pada 2018, tambah beliau. Beliau menggesa ibu bapa supaya memvaksin anak mereka.

Pada April, 2.24 juta kanak-kanak berusia di antara enam tahun dan 59 bulan divaksinkan dalam tempoh empat hari, dan satu lagi kempen pengimunan merangkumi 1.4 juta kanak-kanak akan dilancarkan ‘pada hari-hari akan datang,’ kata beliau.

“Untuk menghentikan rangkaian jangkitan campak dan menghalang wabak masa depan, sekurang-kurangnya 95 peratus daripada penduduk perlu divaksin,” kata menteri.

Negara itu juga sedang bergelut untuk membendung wabak penyakit Ebola di dua wilayah timur. – AFP