Menteri dalam negeri India positif COVID-19

NEW DELHI, 2 OGOS – Pemimpin kanan India dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (Keselamatan Dalam Negeri), Amit Shah telah diuji positif COVID-19, beliau mengesahkannya menerusi Twitter hari ini.

Beliau merayu kepada semua yang pernah kontak rapat dengannya untuk menjalani ujian COVID-19.

“Mengalami beberapa simptom dan ujian COVID-19, dan telah didapati positif. Saya rasa sihat namun atas nasihat doktor saya perlu dirawat di hospital,” kata Shah. – Xinhua