Menteri ditangkap, kes rasuah benih udang kara

JAKARTA, 25 NOV – Menteri Perikanan Indonesia telah ditangkap hari ini berhubung tuduhan berkaitan eksport benih udang kara, kata agensi anti pencegahan rasuah.

Edhy Prabowo telah diberkas awal hari ini bersama isterinya seorang ahli perundangan, Iis Rosita Dewi di lapangan terbang antarabangsa Jakarta sebaik mereka pulang dari lawatan ke Amerika Syarikat.

Pasangan itu antara 17 yang ditangkap atas tuduhan terlibat rasuah dengan mengeluarkan permit untuk mengeksport krustasea itu, kata penyiasat.

Tahun ini, Prabowo memberi kebenaran untuk memulakan pengeksportan benih udang kara, amalan yang ditegah di bawah pemerintah sebelumnya disebabkan kebimbangan kemapanan.

“Tangkapan itu berkaitan dengan permit eksport benih udang kara,” kata Ketua Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK), Nurul Ghufron kepada AFP, tanpa menjelaskan lanjut.

Prabowo merupakan pegawai berpangkat tinggi yang ditangkap dalam kes rasuah semasa penggal kedua Presiden Joko Widodo. – AFP

Gambar yang diambil pada 6 Julai menunjukkan Menteri Perikanan dan Hal Ehwal Maritim Indonesia, Edhy Prabowo semasa berada di parlimen, Jakarta. – AFP