Menteri G20 bertemu ekoran kebimbangan ekonomi

RIYADH, 15 APRIL – Arab Saudi menjadi tuan rumah menteri-menteri kewangan G20 dan bank-bank pusat bagi rundingan maya hari ini di tengah-tengah amaran kemelesetan teruk dicetuskan koronavirus dan gesaan memuncak terhadap bantuan hutang bagi negara-negara miskin termasuk Afrika.

Mesyuarat muncul sehari selepas rakan sejawatan mereka dari negara-negara Kumpulan Tujuh (G7) menyatakan sokongan bagi penangguhan sementara bayaran hutang dari negara termiskin dunia untuk membantu mereka menangani pandemik – jika kerajaan G20 bersetuju.

Menteri-menteri dan bank-bank dari 20 negara paling maju telah menjamin dalam pertemuan mereka sebelumnya bulan lalu untuk menangani beban hutan negara berpendapatan rendah dan menghantar bantuan kepada pasaran-pasaran baharu muncul yang dilanda teruk akibat pandemik.

Kumpulan bekerja G20 dijangka akan menggariskan butiran ranca-ngan dalam mesyuarat hari ini.

Rundingan maya itu muncul selepas IMF memberi amaran kelmarin bahawa pandemik itu akan menekan ekonomi global ke tahap kemelesetan paling teruk dalam masa seabad, mengurangkan pendapatan dunia sebanyak tiga peratus tahun ini, dan krisis boleh bertambah parah.

Kemerosotan akan menyusutkan ekonomi dunia sekitar AS$9 trilion, kata ketua ekonomis IMF, Gita Gopinath kepada para wartawan.

Ketika kebimbangan memuncak bagi negara-negara miskin tanpa akses kepada pasaran kapital atau kemudahan kesihatan yang mencukupi, 18 pemimpin Eropah dan Afrika menggesa bagi bantuan hutang serta pakej rangsangan kira-kira AS$100 bilion untuk Afrika. – AFP