Wednesday, November 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri G7 beri amaran kesan AI ke atas sektor budaya

    ROM, 22 SEPT – Selain peluang yang ditawarkan, risiko besar yang dibawa oleh kecerdasan buatan (AI) terhadap sektor budaya diketengahkan dalam mesyuarat  kebudayaan Kumpulan Tujuh (G7) yang berakhir kelmarin di Naples, Itali, lapor Xinhua.

    AI kini ‘semakin meresapi rantaian nilai dalam sektor budaya dan kreatif, dengan impak ke atas persekitaran kerja serta mata pencarian profesional budaya, selain kelestarian ekosistem budaya yang dinamik dan penting,’ menurut deklarasi yang dikeluarkan oleh menteri-menteri budaya negara G7 semasa perbincangan tiga hari itu.

    Para pemimpin bersetuju untuk bekerjasama menangani implikasi etika, undang-undang, ekonomi dan sosial berkaitan Generative AI serta alat yang dikuasakan AI untuk industri budaya dan kreatif.

    Para pemimpin juga menyeru supaya dilakukan ‘pengenalpastian dan pengesahan, di mana boleh dilaksanakan secara teknikal, kandungan budaya sepenuhnya atau sebahagiannya dijana, diubah suai atau diubah oleh sistem AI.’

    Fokus terhadap cabaran yang berkaitan dengan AI menjadi antara bidang tumpuan utama semasa Itali memegang jawatan presiden G7 pada 2024. – Bernama

    Gambar bertarikh 22 Februari menunjukkan logo aplikasi AI pada skrin telefon pintar di Frankfurt am Main, barat Jerman. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda