Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Menteri Imigresen sahkan Djokovic sudah dihantar pulang

    CANBERRA, 17 JAN – Kerajaan Australia mengesahkan Novak Djokovic sudah dihantar pulang dari negara itu.

    Djokovic, pemain tenis lelaki ranking nombor satu dunia, pada malam kelmarin meninggalkan Australia hanya beberapa jam sebelum bermulanya Terbuka Australia selepas Mahkamah Persekutuan sebulat suara mengekalkan keputusan kerajaan untuk membatalkan visanya, lapor Xinhua.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada malam kelmarin, Menteri Imigresen, Alex Hawke yang membuat keputusan untuk membatalkan visa mengesahkan bintang Serbia itu telah meninggalkan Australia.

    “Saya menyambut baik keputusan sebulat suara oleh Mahkamah Persekutuan Penuh Australia hari ini, mengekalkan keputusan saya untuk menggunakan kuasa saya di bawah Akta Migrasi bagi membatalkan visa Novak Djokovic demi kepentingan awam,” katanya.

    Pada malam kelmarin, panel penuh Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Hawke mempunyai kuasa undang-undang untuk membatalkan visa Djokovic di bawah Akta Migrasi.

    Djokovic dalam satu kenyataan berkata beliau “amat kecewa” dengan keputusan itu tetapi “menghormati” keputusan mahkamah. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...