Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Menteri Indonesia ditahan terlibat kes rasuah

    JAKARTA, 17 MEI – Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang menteri kanan hari ini atas peranannya dalam kes rasuah berpunca daripada projek telekomunikasi yang telah menyebabkan negara itu kerugian lebih setengah bilion dolar.

    Berbaju rompi merah jambu terang yang biasa dipakai suspek rasuah, Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Johnny Gerard Plate disoal siasat selama berjam-jam di Pejabat Peguam Negara (AGO) sebelum dibawa ke pusat tahanan di Jakarta.

    “Berdasarkan siasatan hari ini, kami menyimpulkan terdapat bukti yang mencukupi bahawa dia (Plate) terlibat dalam kes rasuah stesen pemancar pangkalan,” kata Pengarah Siasatan Jenayah Khas AGO, Kuntadi, yang seperti kebanyakan rakyat Indonesia menggunakan satu nama.

    Projek stesen pemancar pangkalan (BTS) itu diketuai oleh sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi, dan bertujuan menyediakan akses internet 4G ke kawasan terpencil di seluruh gugusan kepulauan.

    AGO tidak menjelaskan secara terperinci mengenai peranan Plate dalam kes itu atau jumlah keuntungan yang diperolehnya, memetik siasatan yang sedang dijalankan.

    Bagaimanapun, penyelewengan itu telah mengakibatkan kerugian keseluruhan berjumlah 8.03 trilion rupiah (AS$540 juta), beritahu Kuntadi kepada pemberita.

    AGO melaporkan bahawa ia telah menemui penyelewengan dalam proses perolehan membabitkan syarikat tempatan dan asing, sebelum ini menamakan lima lagi suspek dalam kes itu, termasuk seorang eksekutif anak syarikat gergasi telekomunikasi China, Huawei.

    Jika didapati bersalah, Plate boleh menghadapi hukuman penjara 20 tahun di bawah undang-undang antirasuah Indonesia. – AFP

    Johnny Gerald Plate diiringi oleh pendakwa selepas dia dinamakan sebagai suspek di Jakarta kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...