Menteri kanan NZ kena tumbuk

WELLINGTON, 14 Mac – Seorang menteri kanan kerajaan New Zealand yang merupakan seorang pemimpin bersama bagi Parti Green New Zealand James Shaw diserang pagi ini ketika dia dalam perjalanan menghadiri rundingan kabinet.

Polis setempat mengesahkan bahawa Shaw diserang sekitar pukul 7:50 pagi waktu tempatan berhampiran Botanic Garden yang menuju lorong jalan kaki ke bangunan parlimen.

Shaw dicekau dan mukanya ditumbuk oleh seorang lelaki berusia dalam 40an, yang mengakibatkan matanya lebam.

Bagaimanapun Shaw berjaya menghadiri rundingan itu sebelum pergi ke hospital Wellington untuk mendapatkan rawatan.

Lelaki berusia 47 tahun telah diberkas berkaitan serangan itu. Motif serangan belum lagi diketahui. Saksi-saksi kejadian sedang dicari oleh pihak polis.

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern telah bercakap dengan Shaw selepas serangan itu. Beliau memberi amaran bahawa penduduk di New Zealand seharusnya tidak beranggapan keselamatan sentiasa kekal.

Datuk Bandar Wellington Justin Lester bersama-sama ramai lagi Anggota Parlimen menyelar serangan itu.

James Shaw dilahirkan pada 1973. Dia menjadi pemimpin bersama Parti Green New Zealand dalam tahun 2015. – Xinhua