BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JUN – Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terus berusaha mendukung hasrat negara dalam mencapai Wawasan Brunei 2035 daripada segi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam melalui perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang terbaik.