Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Menteri kesihatan Kyrgyzstan dipenjara kerana rasuah

    BISHKEK, KYRGYZSTAN, 3 JUN – Menteri Kesihatan Kyrgyzstan yang menyarankan akar beracun sebagai rawatan untuk koronavirus telah dipenjara berikutan dakwaan rasuah berkaitan pembelian vaksin COVID, menurut pendakwa raya hari ini.

    Alymkadyr Beishenaliyev yang digelar sebagai ‘Akonit’ kerana mempromosikan cecair buatan sendiri berasaskan akar beracun, yang turut dikenali sebagai ‘wolfbane’, untuk menjadi penawar kepada koronavirus dan penyakit lainnya.

    Pendakwa raya berkata Beishenaliyev terlibat dalam pembelian lebih dua juta vaksin koronavirus untuk kegunaan penduduk negara itu, pembelian tersebut kemudiannya ‘dipindahkan ke akaun bank luar negara’.

    Menurut kenyataan jumlah wang yang dipindahkan ialah sebanyak AS$19 juta.

    Beishenaliyev yang kini berada dalam tekanan, dengan timbalan-timbalannya pada Mei lalu menggesa agar dia dipecat dan menuduhnya membuli kakitangan kementeriannya, termasuk gangguan seksual.

    Penahanannya telah mencetuskan pertelingkahan dalam kerajaan. Beishealiyev membuat penampilan di khalayak umum bersama presiden Sadyr Japarov pagi kelmarin beberapa jam sebelum dia ditahan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...