Menteri kesihatan tetapkan syarat anjur perlumbaan

VIENNA, 30 APRIL – Grand Prix Austria telah ditetapkan untuk menjadi perlumbaan pertama kejohanan dunia Formula Satu selepas dilanda koronavirus, hanya akan diteruskan jika perlumbaan diadakan tanpa kehadiran peminat.

Penganjur Grand Prix pada 5 Julai di Red Bull Ring di Spielberg telah diberitahu oleh menteri kesihatan negara tersebut kelmarin bahawa beberapa jaminan mesti dilaksanakan.

“Kebenaran untuk mengadakan perlumbaan bergantung sepenuhnya kepada pelan keselamatan yang dicadangkan oleh penganjur,” Rudolf Anschober memberitahu Radio 01.

“Kami hanya akan membenarkan kejohanan seperti itu di bawah kondisi yang sangat ketat dan tanpa kehadiran peminat.”

Dia memberitahu Austrian Press Agency (APA): “Kami telah menjalankan tugas kami.”

Gambar fail1 Julai 2019 menunjukkan pelumba Red Bull Max Verstappen memenangi Grand Prix Austria dua tahun berturut-turut. Kerajaan mahu perlumbaan terawal ada Julai dianjurkan dalam ‘litar tertutup’ bagi membendung COVID-19. – AP

Kerajaan mahu perlumbaan pada hujung minggu ini supaya dianjurkan dalam ‘litar tertutup’ dengan hanya kakitangan pasukan dan pihak pengurusan yang terlibat sahaja yang dibenarkan untuk berada di litar perlumbaan. Awal minggu ini, ketua Formula Satu, Chase Carey menyasarkan musim yang bermula di Austria selepas Grand Prix Perancis telah dibatalkan dan peminat dilarang dari perlumbaan Britain di Silverstone pada 19 Julai.

“Kami menyasarkan untuk memulakan perlumbaan di Eropah sepanjang bulan Julai, Ogos dan permulaan bulan September, dengan perlumbaan pertama akan mengambil tempat di Austria pada hujung minggu 3 hingga 5 Julai,” kata Carey.

“September, Oktober dan November, akan menyaksikan perlumbaan di Eurasia, Asia dan benua Amerika, menamatkan musim di Teluk pada bulan Disember dengan Bahrain sebelum final di Abu Dhabi, selepas menghabiskan antara 15 ke 18 perlumbaan.

Walau bagaimanapun, Carey berkata dia menjangkakan ‘perlumbaan awal akan diadakan tanpa kehadiran peminat’. – AFP