Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Menteri Luar ASEAN bersidang pemulihan ekonomi menyeluruh

    PHNOM PENH, 17 FEB – Mesyuarat Menteri Luar ASEAN yang bermula hari ini secara hibrid diadakan bagi membincangkan isu-isu seperti pandemik COVID-19, pemulihan ekonomi menyeluruh dan hubungan dengan rakan kongsi dialog, lapor Xinhua.

    Dipengerusikan oleh Menteri Luar Kemboja Prak Sokhonn, pemukiman itu dihadiri oleh Menteri Luar Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Laos, dan secara sidang video oleh Menteri Luar Brunei, Thailand dan Vietnam, manakala Myanmar tidak menamakan wakil bukan politik untuk mewakilinya.

    Menteri Luar Vietnam Bui Thanh Son hadir secara dalam talian selepas disahkan positif COVID-19 sebaik tiba ke Kemboja pada petang kelmarin, kata jurucakap Kementerian Luar Kemboja Chum Sounry hari ini.

    “Menteri Luar Vietnam menghadiri mesyuarat secara maya dari biliknya. Kami menyediakan rawatan kesihatan dan perubatan yang sewajarnya untuk beliau,” katanya dalam mesej teks yang dihantar kepada media.

    Ia merupakan mesyuarat menteri luar ASEAN pertama yang diadakan secara bersemuka selepas tertangguh selama setahun disebabkan COVID-19.

    Prak Sokhonn (tengah) semasa mempengerusikan Pemukiman Menteri-menteri Luar di Phnom Penh pada 17 Februari. – AFP

    Menurut Kementerian Luar Kemboja, mesyuarat itu akan bertukar-tukar pandangan mengenai cara mengukuhkan lagi hubungan luar dengan rakan dialog sambil mengekal dan menggalakkan pemusatan, solidariti dan perpaduan ASEAN.

    Menteri-menteri itu juga akan membincangkan cara dan kaedah secara kolektif untuk membina komuniti ASEAN yang lebih berdaya tahan, dinamik, aman dan makmur, kata kementerian itu, sambil menambah bahawa isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan dan kebimbangan bersama juga akan dibincangkan dalam mesyuarat itu.

    Kenyataan itu turut menyebut Sokhonn akan memberi taklimat kepada rakan-rakan sejawatannya mengenai matlamat penting yang perlu dicapai semasa Kemboja menjadi pengerusi ASEAN dalam menyahut cabaran strategik yang dihadapi rantau ini, termasuk kawalan berkesan terhadap pandemik COVID-19 dan antaranya termasuk proses pemulihan menyeluruh, persaingan geo-politik dan isu tradisi dan bukan tradisi sedia ada.

    Sokhonn, utusan khas baharu ke Myanmar juga memberitahu mesyuarat itu yang beliau merancang untuk ke negara itu pada Mac dan bertemu pegawai tertinggi junta.

    Beliau turut memaklumkan telah menggesa junta untuk membenarkannya bertemu kerajaan bayangannya iaitu parti Aung San Suu Kyi untuk memecahkan kebuntuan antara tentera dan penentang rampasan kuasa itu.

    “Jika Naypyidaw tidak bercakap dengan ‘Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) ….jadi biar utusan khas menjadi jambatannya,” katanya merujuk kepada bandar Myanmar. – Bernama/AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...