Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Menteri Luar Belarus meninggal dunia pada usia 64 tahun

    TALLINN, ESTONIA, 27 NOV – Menteri Luar Belarus, Vladimir Makei, sekutu lama Presiden autoritarian, Alexander Lukashenko, telah meninggal dunia pada usia 64 tahun.

    Pihak berkuasa Belarus tidak menyatakan punca kematian dan tidak diketahui jika Makei ada menghidap sebarang penyakit kronik.

    Sebelum menjadi menteri luar negeri pada 2012, Makei berkhidmat sebagai ketua kakitangan Lukashen-ko dan sebelum ini pernah bekerja sebagai penasihat presiden.

    Lukashenko mengucapkan takziah kepada keluarga Makei, menurut pejabat presiden.

    Semasa tempoh Makei berkhidmat sebagai diplomat tertinggi Belarus, beliau mendapat kritikan bertubi-tubi dari Barat disebabkan penindasan yang semakin keras terhadap pembangkang, untuk pilihan raya yang meragukan dan kerana membenarkan tentera Rusia menggunakan wilayahnya untuk menyerang Ukraine.

    Menteri Luar Belarus, Vladimir Makei semasa hadir pada sidang akhbar tahunannya di Kyiv, Belarus pada 16 Februari lalu. – AP

    Pada September, Makei mempertahankan kedudukan Belarus kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

    “Belarus dirujuk sebagai ‘saudara penceroboh’ atau juga pihak yang terlibat dalam konflik.

    “Kami telah berkata dan terus berkata: Belarus tidak pernah melancarkan peperangan. Tetapi kami bukan pengkhianat!” Kata Makei merujuk kepada pakatan rapat Belarus dengan Rusia. “Kami mempunyai komitmen bersekutu, dan kami mengikutinya dengan tegas seperti dalam surat perjanjian antarabangsa,” tambahnya lagi.

    Di Moscow, jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova berkata bahawa pegawai kementerian terkejut dengan berita kematian Makei. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...