Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri luar China gesa krisis diplomatik Qatar diselesaikan

    BEIJING, 21 Julai – Menteri luar China telah meminta Qatar dan empat negara Arab supaya menyelesaikan krisis diplomatik mereka menerusi rundingan dalam Majlis Kerjasama Teluk, lapor media negeri hari ini.

    Wang Yi mengeluarkan kata-kata berkenan selepas bertemu dengan rakan sejawatan Qatar di Beijing semalam, sehari selepas beliau mengadakan rundingan dengan seorang pegawai kanan dari Emiriah Arab Bersatu, salah sebuah negara yang berselisih dengan Doha.

    UAE, Arab Saudi, Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar pada 5 Jun, menuduh negara itu menjalin hubungan dengan Iran dan membiayai kumpulan pelampau Islam. Doha menyangkal dakwaan tersebut.

    “Semua pihak harus mengamalkan kesabaran dan mengadakan rundingan secepat mungkin, demi mengelak keadaan daripada menjadi lebih teruk, menghantar isyarat positif dalam mengatasi krisis menerusi kaedah politik dan diplomatik, dan menjamin peranan GCC,” Wang dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Xinhua.

    Gambar yang disiarkan oleh Agensi Berita Xinhua China pada 19 Julai menunjukkan Sultan Ahmed Al Jaber (tiga, kiri) semasa bertemu dengan Wang Yi (tiga, kanan) di Beijing. – AP
    Gambar yang disiarkan oleh Agensi Berita Xinhua China pada 19 Julai menunjukkan Sultan Ahmed Al Jaber (tiga, kiri) semasa bertemu dengan Wang Yi (tiga, kanan) di Beijing. – AP

    Wang berkata China menyokong usaha perantaraan oleh Kuwait dalam perbalahan itu dan bersedia untuk memainkan peranan positif dalam mempromosi keamanan menerusi rundingan jika perlu.

    Menteri luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani, berkata negaranya rela melancarkan rundingan membina atas dasar menghormati kedaulatan, tidak campur tangan dalam hal ehwal domestik dan mematuhi undang-undang antarabangsa, menurut Xinhua.

    Wang bertemu dengan menteri negeri UAE Sultan Ahmed Al Jaber pada Rabu dan menggesa krisis diselesaikan menerusi kaedah diplomatik, lapor Xinhua pada minggu ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda