Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Menteri luar China tiba di Myanmar

    BANGKOK, 3 JULAI – Diplomat tertinggi China tiba di Myanmar kelmarin bagi lawatan pertamanya ke negara itu sejak tentera merampas kuasa tahun lalu untuk menghadiri satu mesyuarat serantau yang kerajaan katakan mengiktiraf kesahihannya dan penentang membantah sebagai pencabulan usaha-usaha damai.

    Menteri Luar China, Wang Yi akan menyertai rakan sejawatan dari Myanmar, Laos, Thailand, Kemboja dan Vietnam dalam pertemuan kumpulan Kerjasama Lancang-Mekong di bandar tengah Bagan, tapak Warisan Dunia UNESCO.

    Kumpulan itu adalah inisiatif yang dipimpin China yang merangkumi negara-negara Delta Mekong, potensi sumber ketegangan serantau disebabkan peningkatan jumlah projek-projek hidroelektrik yang mengubah aliran dan kebimbangan meningkat mengenai kerosakan ekologi. China telah membina 10 empangan di sepanjang bahagian atas Mekong, bahagian yang digelarnya Langcang.

    Jurucakap kerajaan tentera, Mejar Jeneral Zaw Min Tun memberitahu sidang media di ibu negara Naypyitaw pada Jumaat bahawa kehadiran menteri-menteri luar berkenaan pada mesyuarat tersebut adalah pengiktirafan terhadap kedaulatan Myanmar dan kerajaannya.

    Katanya, menteri-menteri berkenaan akan menandatangani memorandum-memorandum persefahaman dan kontrak-kontrak. Dia tidak menjelaskan lebih lanjut.

    Tidak diketahui sama ada Wang akan bertemu Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, pemimpin kerajaan tentera berkenaan. – AP

    Gambar yang diberikan Kementerian Maklumat Myanmar menunjukkan Menteri Luar China Wang Yi (tengah) dialu-alukan oleh perwakilan Kementerian Luar Myanmar dan pegawai-pegawai kedutaan China sejurus ketibaannya di Lapangan Terbang Nyaung Oo di Bagan, Myanmar pada 2 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...