Saturday, January 18, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Luar G7 bersidang di Tokyo

    TOKYO, 7 NOV – Menteri Luar anggota kumpulan ekonomi perindustrian G7 akan bertemu di Tokyo selama dua hari mulai hari ini bagi membincangkan pelbagai isu antarabangsa, lapor Sputnik.

    Jepun selaku pengerusi bergilir pakatan itu, menjadi tuan rumah kepada rakan sejawatannya dari Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kesatuan Eropah, menurut Menteri Luar Jepun, Yoko Kamikawa.

    Perdana Menteri Itali, Antonio Tajani, yang mengambil alih jawatan presiden dari Jepun pada 2024 berkata, “G7 perlu menegaskan semula pemusatan kumpulan itu dalam menangani cabaran penting ketika ini”.

    Selain konflik antara Israel dan Hamas di Palestin, pemimpin G7 itu dijangka membincangkan pertempuran di Ukraine, perebutan kuasa yang berterusan di Asia Pasifik serta program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda