Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Menteri luar M’sia dan Korea Selatan bincang kerjasama perkukuh hubungan bilateral

    KUALA LUMPUR, 6 JAN – Diplomat tertinggi Malaysia dan Korea Selatan menyatakan akan bekerjasama untuk mengukuhkan lagi hubungan rapat antara kedua-dua negara.

    Kementerian Luar Negeri memaklumkan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan rakan sejawatannya dari Korea Selatan, Park Jin sepakat menyuarakan komitmen itu menerusi perbualan telefon pada Jumaat.

    “Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan bilateral Malaysia-Korea Selatan dan membincangkan pelbagai isu serantau serta antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

    “Kedua-dua menteri luar menyatakan komitmen mereka untuk bekerjasama bagi mengukuhkan hubungan rapat antara kedua-dua negara,” menurut Twitter kementerian itu.

    Sementara itu, agensi berita Yonhap melaporkan perbincangan itu antara lain menyentuh mengenai memperkukuh hubungan dalam industri pertahanan dan infrastruktur.

    Park turut memuji kerjasama terdahulu kedua-dua negara dalam pelbagai bidang sejak menjalin hubungan diplomatik pada 1960. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...