Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Menteri luar Myanmar dihalang dari perjumpaan ASEAN

    PHNOM PENH, 3 FEB – Junta Myanmar hari ini menerima satu lagi tamparan hebat diplomatik ketika blok serantau ASEAN menghalang diplomat tertingginya dari menghadiri perjumpaan menteri-menteri luar yang akan datang.

    Kemboja, yang mempengerusikan perjumpaan blok, berkata terdapat sedikit perkembangan ‘konsensus lima tahun’ yang dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin tahun lalu untuk cuba meredakan krisis di Myanmar.

    Negara itu berada dalam keadaan tidak menentu sejak tentera menggulingkan kerajaan awam Aung San Suu Kyi tahun lalu, dengan lebih 1,500 awam terbunuh dalam tindakan keras bantahan anti-junta, menurut kumpulan pemerhati tempatan.

    “Oleh sebab tidak banyak perkembangan yang dilakukan dalam Lima Konsensus yang diaturkan oleh ASEAN, ahli-ahli ASEAN tidak mencapai konsensus untuk menjemput Menteri Luar Myanmar SAC, Wunna Maung Lwin, untuk menghadiri retreat menteri-menteri luar yang akan datang,” menurut jurucakap menteri luar Kemboja, Chum Sounry kepada AFP.

    Kerajaan tentera Myanmar mengelar negara itu sebagai Majlis Pentadbiran Negara, atau SAC.

    “Kami telah meminta Myanmar untuk menghantar wakil bukan politik,” kata kara Chum Sounry.

    Penggantungan itu dibuat selepas 10 negara ASEAN mengambil langkah yang tidak pernah dibuat untuk menggantungkan pemimpin junta, Min Aung Hlaing dari sidang kemuncak pada Oktober. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...