Menteri Luar Negeri Afghanistan kunjungi Iran

TEHRAN, 21 JUN – Menteri Luar Negeri sementara Afghanistan bertemu dengan rakan sejawatannya, Iran hari ini di Tehran ketika ketegangan berterusan antara dua negara berjiran itu selepas kematian penghijrah Afghanistan di sempadan pada Mei.

Agensi berita kerajaan Iran, IRNA menyiarkan gambar hari ini mengenai pertemuan antara Mohammad Hanif Atmar dari Afghanistan dan Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif, kedua-duanya memakai penutup mulut dan hidung.

Lawatan dua hari itu dihasratkan untuk membincangkan ‘kejadian malang baru-baru ini dan mencari penyelesaian untuk mengelak daripada terjadi lagi,” menurut kementerian hal ehwal luar negeri Afghanistan pada Sabtu dalam Twitter, tanpa menghuraikan lebih lanjut.

Atmar mengetuai “delegasi peringkat tertinggi termasuk pegawai politik, ekonomi dan keselamatan Afghanistan,” menurut IRNA, memetik kenyataan dari Kementerian Luar Negeri Iran.

Lawatan itu menyusuli kontroversi berhubung kematian beberapa penghijrah Afghan pada Mei yang dipercayai dipaksa masuk ke sungai oleh pengawal sempadan Iran dan mati lemas. – AFP