Menteri Luar Perancis lawat Lubnan

BEIRUT, 23 JULAI – Menteri Luar Perancis Jean-Yves Le Drian bertemu dengan presiden Lubnan hari ini pada permulaan lawatan dua hari ke negara Mediterranean yang menyaksikan krisis ekonomi paling teruk dalam sejarah modennya.

Le Drian ialah pegawai Barat pertama yang melawat London sejak krisis, yang telah meletus sejak tahun lalu.

Ia telah bertambah teruk sejak kerajaan gagal membayar hutangnya, bermulanya sekatan koronavirus serta rundingan terbuntu dengan Tabung Mata Wang Antarabangsa berhubung pelan menyelamat ekonomi.

Le Drian telah merayu kepada pegawai Lubnan supaya menjalankan pembaharuan yang diperlukan, menggesa mereka ‘membantu kami untuk membantu kamu’ semasa sesi baru-baru ini di Parlimen Perancis.

Perancis, bekas kuasa jajahan di Lubnan, juga memimpin negara Barat yang terbabit dalam usaha perancangan untuk membantu ekonomi Lubnan keluar daripada kemelut yang dihadapi. – AP

Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian (kiri) dan rakan sejawatan Lubnan, Nassif Hitti semasa sidang akhbar bersama di Beirut kelmarin. – AFP