Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Menteri luar Rusia, Turkiye bincang perjanjian bijirin Laut Hitam

    NEW DELHI, 2 MAC – Rusia dan Turkiye kelmarin mengadakan perbincangan mengenai inisiatif bijirin Laut Hitam serta kerjasama politik dan ekonomi termasuk mengenai bantuan gempa bumi.

    Pertemuan antara Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov dan rakan sejawatannya dari Turkiye, Mevlut Cavusoglu diadakan di luar mesyuarat menteri-menteri luar G20 di New Delhi, menurut Kementerian Luar Rusia dalam satu kenyataan.

    Selain itu, masa depan eksport bijirin Ukraine melalui pelabuhan Laut Hitam dan usaha untuk menormalkan hubungan Turkiye-Syria turut dibincangkan.

    Perjanjian bijirin Ukraine yang diuruskan oleh Turkiye dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan diperbaharui pada 18 Mac.

    Ia ditandatangani pada Julai 2022 dan dilanjutkan pada November.

    “Semasa membincangkan masa depan inisiatif bijirin Laut Hitam, menteri luar Rusia berkata perjanjian pakej bijirin boleh diteruskan hanya dengan pertimbangan sewajarnya terhadap kepentingan pengeluar pertanian dan baja Rusia, terutama akses percuma mereka ke pasaran dunia,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...