Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Menteri-menteri ASEAN setuju umum buka semula sektor pelancongan

    PHNOM PENH, 19 JAN – Menteri-menteri pelancongan dari negara anggota ASEAN hari ini bersetuju untuk mengumumkan pembukaan semula pelancongan ASEAN bagi memulihkan kembali sektor tersebut di tengah-tengah pandemik COVID-19, menurut satu kenyataan.

    Dipengerusikan oleh Menteri Pelancongan Kemboja, Thong Khon, Mesyuarat Menteri-menteri Pelancongan ASEAN ke-25 telah diadakan dalam format fizikal dan maya di bandar tepi pantai Sihanoukville, Kemboja.

    Menteri-menteri berkata sektor pelancongan ASEAN bukan saja sedia untuk pembukaan semula namun juga akan melantun cepat dengan lebih teguh, menurut kenyataan tersebut.

    “Dalam hal ini, kami bersetuju untuk mengumumkan pembukaan semula pelancongan ASEAN, antara serantau dan antarabangsa,” katanya, memetik bahawa ‘setiap kemungkinan koordinasi dan kerjasama akan disediakan oleh itu proses pembukaan semula itu akan berlangsung secara beransur-ansur dan mantap’.

    Menteri-menteri juga bersetuju untuk memperkenalkan sistem pengiktirafan vaksinasi COVID-19 yang distandardkan dalam kalangan negara-negara ASEAN, dan menyambut baik pencapaian progresif kempen vaksinasi COVID-19 di setiap negara anggota ASEAN, yang mana ia menjadi petunjuk penting bagi pembukaan semula pelancongan ASEAN.

    Mereka juga menekankan kerjasama selanjutnya dalam sektor pelancongan kalangan negara anggota ASEAN dalam memastikan ASEAN kekal kompetitif dalam sektor tersebut. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...