Menteri nasihat Thiem ambil vaksin

VIENNA, 29 OKT – Bekas juara Terbuka AS, Dominic Thiem semalam dinasihatkan oleh menteri kesihatan Austria agar mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 selepas kontroversi mengenai siapa yang belum menerima suntikan akan terus digantung dari sukan menjelang Terbuka Australia 2022.

Thiem, 28, dan menduduki ranking kesembilan dunia, berkata awal bulan ini dia menunggu untuk mendapatkan vaksin daripada syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat, Novavax, yang menggunakan formula berasaskan protein yang ‘tidak diaktifkan’.

Walau bagaimanapun, dia menegaskan tidak akan mendapatkan vaksin yang sudah diluluskan sekiranya dia tidak mempunyai pilihan lain.

“Saya hanya boleh meminta Dominic Thiem untuk mendapatkan vaksin,” kata Menteri Kesihatan, Wolfgang Muckstein, memberitahu media Austria.

“Vaksin yang tidak diaktifkan mungkin tidak akan didapati sehingga 2022, dan tiada petunjuk bahawa ia mempunyai sebarang kelebihan berbanding vaksin yang ada ketika ini.”

Dia juga memberi amaran mengenai risiko ‘long COVID’, termasuk golongan muda dan para atlet, dengan gejala ditunjukkkan seperti mudah letih, kurang daya tumpuan, sengal badan dan masalah pernafasan.

“Kami mempunyai pesakit yang tidak sampai 30 tahun di unit rawatan rapi,” katanya ketika Austria menunjukkan peningkatan dalam kadar jangkitan.

Menteri berkata dia sudah menulis surat kepada Thiem untuk membuat pertemuan ‘bagi menjelaskan sebarang keraguan’.

Isu vaksinasi menjadi perbincangan utama dalam dunia sukan tenis menjelang kejohanan Terbuka Australia seterusnya di Melbourne pada 17 hingga 30 Januari.

Pegawai berkata pemain yang belum divaksin tidak akan diberi kebenaran khas untuk menyertai acara, berkemungkinan melarang penyertaan juara, Novak Djokovic.

Juara Terbuka Australia sembilan kali, Djokovic merupakan salah seorang daripada pemain yang enggan mengongsikan status vaksinasinya, menyebabkan keraguan sama ada dia akan mempertahankan kejuaraannya. – AFP

Menteri kesihatan Austria menasihatkan Dominic Thiem untuk mendapatkan vaksin agar dapat menyertai kejohanan Terbuka Australia awal tahun hadapan.- AFP