Wednesday, February 1, 2023
25.4 C
Brunei

-

Menteri Pembangunan rakam penghargaan kepada pelanggan BIBD

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Julai – Berikutan dengan kejayaan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) yang mencatatkan dividen tertingginya baru-baru ini, Pengerusi BIBD dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin bin Abdullah telah merakamkan penghargaannya terhadap kepercayaan dan sokongan yang diterima daripada para pelanggan, pemegang saham BIBD dan juga pihak berkepentingan lainnya.

“Alhamdulillah, kepercayaan yang luar biasa untuk kami menyampaikan komitmen kepada semua telah mendorong BIBD menjadi salah sebuah institusi penanda aras rantau ini, secara kolektif menyumbang ke arah ekonomi yang dinamik dan mapan, menjajarkan BIBD serta negara untuk mencapai wawasan negara 2035. “

Sementara itu, menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Mubashar Khokhar, juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada usaha seluruh anggota Kumpulan BIBD terhadap usaha yang dilakukan.

“Alhamdulillah, kita bukan sahaja dapat melipatgandakan dividen tertinggi daripada sebelumnya untuk para pemegang saham kami, tetapi kami juga telah mencatatkan keuntungan yang tinggi,” jelasnya.

“Walaupun berhadapan dengan keadaan pasaran global yang mencabar, kami berterima kasih atas sokongan dan bimbingan yang diberikan dalam melaksanakan dasar dan pembaharuan yang kondusif termasuk penekanan terhadap celik kewangan dan kesedaran,” tambahnya lagi.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korban bom masjid meningkat lebih 90

PESHAWAR, PAKISTAN, 31 JAN – Pengeboman berani mati yang berlaku di masjid dalam ibu pejabat polis daerah Peshawar dan kawasan kerajaan di barat laut...
- Advertisment -