Thursday, April 24, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Pendidikan Thailand dirai

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman, malam tadi, telah menghoskan majlis makan malam bagi Menteri Pendidikan Thailand, Dr. Teerakiat Jareonsettasin, selaku presiden Majlis SEAMEO ke-48 yang berada di negara ini bagi lawatan kerja dua hari.

    Majlis yang berlangsung di Restoran Horizons Seafood itu turut menyaksikan kehadiran duta besar Thailand ke Brunei Darussalam serta pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua kementerian pendidikan Brunei Darussalam dan Thailand.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Dr. Teerakiat Jareonsettasin berada di Brunei Darussalam sebagai sebahagian daripada siri lawatannya ke negara-negara anggota SEAMEO.

    Menteri Thailand itu diiringi oleh duta besar Thailand ke Brunei Darussalam, penolong setiausaha tetap Kementerian Pendidikan Thailand, pengarah Sekretariat SEAMEO dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Thailand dan Sekretariat SEAMEO.

    Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi menyampaikan cenderahati kepada Dr. Teerakiat Jareonsettasin.
    Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi menyampaikan cenderahati kepada Dr. Teerakiat Jareonsettasin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda