Menteri penyatuan sedia pulihkan hubungan bersama Korea Utara

SEOUL, 16 SEPT – Menteri Penyatuan Korea Selatan ingin membuka semula dialog dengan Korea Utara hari ini, dengan hubungan yang telah lama dingin hanya beberapa hari sebelum ulang tahun kedua perjanjian kerjasama pelbagai bidang.

Hanya sebilangan kecil perjanjian yang ditandatangani oleh pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan presiden Korea Selatan, Moon Jae-in pada sidang kemuncak Pyongyang 2018 mereka – antaranya menyertai sukan berpasukan bersama dan membuat tawaran untuk Sukan Olimpik, bekerjasama dalam perhubungan pengangkutan dan lawatan Kim ke Seoul – telah dilakukan.

Sejak itu hubungan mereka terbantut selepas sidang kemuncak di Hanoi di antara Korea Utara dan AS tahun lalu gagal, dan pada Jun lalu, Pyongyang telah meletupkan pejabat penghubung Utara-Selatan di sempadan mereka.

Tetapi Menteri Penyatuan Korea Selatan, Lee In-young berkata, “Saya berharap bahawa hubungan komunikasi, termasuk pegawai penghubung antara Korea, dapat dibina semula dan kita boleh menyambung semula dialog.”

Lee berkata di hadapan pokok yang ditanam oleh Moon dan Kim bersama di Panmunjom, di sebuah perkampungan Zon Bebas Tentera yang memisahkan kedua-dua buah negara, semasa sidang kemuncak pertama mereka dua tahun lalu.

Lee menyifatkan memusnahkan pejabat penghubung sebagai ‘kejadian yang dikesali’ tetapi tidak mengkritik Pyongyang secara langsung.

“Saya percaya Korea Utara berminat untuk meneruskan perjanjian (2018) yang akan dilakukan,” katanya.

Dengan kurang dari dua tahun sebelum tempoh menjadi presiden berakhir, presiden Korea Selatan kesuntukan masa – yang telah lama dipandang sebagai pemenang dalam perjanjian bersama Pyongyang – untuk menyelesaikan persepakatan bersama Korea Utara. – AFP