Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Menteri pertahanan AS, China bertemu di Singapura

    SINGAPURA, 10 JUN – Menteri-menteri pertahanan Amerika Syarikat (AS) dan China mengadakan pertemuan bersemuka di Singapura hari ini, ketika kuasa-kuasa besar itu berbincang mengenai pertikaian keselamatan termasuk perairan yang dipertikai.

    Hubungan antara kedua-dua buah negara itu semakin merosot disebabkan oleh pelbagai isu sejak beberapa tahun kebelakangan.

    Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin mengadakan pertemuan dengan Wei Fenghe di luar sidang kemuncak keselamatan Dialog Shangri-La, yang dihadiri oleh menteri pertahanan dan pegawai kanan dari seluruh dunia.

    Austin merupakan pegawai kanan AS terbaharu mengadakan kunjungan ke Asia ketika Washington mengalihkan tumpuan dasar luarnya kembali ke rantau itu daripada perang di Ukraine.

    Jurucakap Pentagon mengesahkan rundingan sedang dijalankan di Singapura, dan stesen penyiar China, CCTV, turut melaporkan ia adalah pertemuan pertama kedua-dua menteri sejak Austin dilantik. Mereka sebelum ini mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon pada April lalu.

    Kedua-dua buah negara turut bertelagah mengenai pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, dengan Washington menuduh Beijing memberikan bantuan kepada Moscow.

    China menggesa untuk mengadakan rundingan bagi menamatkan peperangan, tetapi berhenti mengecam tindakan Rusia dan berulang kali mengkritik AS kerana menyumbangkan senjata kepada Ukraine.

    Setiausaha Pertahana AS itu tiba di Singapura lewat kelmarin, dan mengadakan siri pertemuan dengan rakan sejawatnya hari ini.

    Semasa perjumpaan dengan menteri-menteri pertahanan ASEAN, dia bercakap mengenai strategi Washington ‘yang terbuka, terangkum dan mentadbir mengikut persekitaran keselamatan serantau’, menurut kenyataan daripada kerajaan Singapura. – AFP

    Setiausaha Pertahanan AS dan Menteri Pertahanan Vietnam, Phan Van Giang semasa perjumpaan dua hala menjelang sidang kemuncak Dialog Shangri-La pada 10 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...