Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri pertahanan Belanda letak jawatan

    THE HAGUE, 4 Okt – Menteri Pertahanan Belanda Jeanine Hennis telah meletak jawatan pada Selasa selepas satu laporan berhubung kematian dua anggota tentera negara itu di Mali tahun lepas membuat kesimpulan bahawa kementeriannya cuai, lapor agensi berita China Xinhua.

    Turut mengikut jejak Hennis ialah Panglima Angkatan Tentera Belanda Tom Middendorp.

    Middendorp sebenarnya sudah bersiap sedia untuk melepaskan jawatan dan beliau dijadual menyerahkan tanggungjawab itu kepada penggantinya Rob Bauer pada Khamis depan.

    Terdahulu, semasa sesi perdebatan Parlimen di The Hague pada Selasa, Hennis telah dihujani oleh pelbagai soalan dan kritikan keras daripada parti lain.

    Reaksi Menteri Pertahanan Belanda Jeanine Hennis-Plasschaert selepas mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan di parlimen Belanda De Tweede Kamer di The Hague pada 3 Oktober 2017. – AFP

    Mereka telah membangkitkan isu tanggungjawab yang perlu beliau pikul dan tanggungjawab sebagai menteri dan ada yang meminta Hennis untuk meletak jawatan.

    Hennis, 44, menyandang jawatan Menteri Pertahanan sejak November 2012.

    Beliau membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya tanpa menunggu satu usul dibuat bagi tujuan itu.

    Khamis lepas, Lembaga Keselamatan Belanda yang menjalankan siasatan berhubung perkara itu telah merumuskan bahawa Kementerian Pertahanan gagal memastikan keselamatan anggota tentera Belanda yang bertugas di Mali. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda