Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Pertahanan II terima kunjungan dari Thailand

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Feb – Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Turus Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Thailand, Jeneral Tarnchaiyan Srisuwan yang berlangsung di Bolkiah Garison, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, di sini, Jeneral Tarnchaiyan bersama isteri serta rombongan berada di Negara Brunei Darussalam bagi kunjungan rasmi selama tiga hari bermula kelmarin.

    Sejurus tiba ke Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison, Jeneral Tarn-chaiyan disambut dengan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).

    Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi menerima kunjungan hormat daripada Jeneral Tarnchaiyan Srisuwan di Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison, hari ini.
    Jeneral Tarnchaiyan Srisuwan menerima tabik kehormatan semasa kunjungan hormat ke Kementerian Pertahanan.

    Kemudian Jeneral Tarnchaiyan mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi dan juga Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

    Lawatan rasmi Jeneral Tarnchaiyan bertujuan untuk memperkukuhkan lagi hubungan baik kedua-dua buah negara dan untuk mempertingkatkan lagi kepentingan kerjasama pertahanan di antara ABDB dan Angkatan Bersenjata Diraja Thailand melalui pelbagai platform.

    Kedua-dua belah pihak juga memberikan komitmen dalam mengukuhkan lagi hubungan pertahanan di antara kedua-dua angkatan tentera pada masa akan datang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda