Menteri Pertahanan Kedua terima kunjungan hormat

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, hari ini, telah menerima kunjungan hormat daripada Vice-Minister of Defense for International Affairs Jepun, Tuan Yang Terutama Yasunori Nishida.

Turut hadir dalam kunjungan hormat itu ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Eiji Yamamoto.

Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua-dua belah pihak telah mengesahkan hubungan yang mesra antara Negara Brunei Darussalam dan Jepun.

Kedua-dua belah pihak juga menyatakan rasa puas hati atas interaksi pertahanan dua hala dan pelbagai hala yang komprehensif termasuk dalam pertukaran lawatan serta kehadiran dalam Japan-ASEAN Defense Vice-Ministerial Forum.

Sebagai sebahagian daripada program Tuan Yang Terutama, beliau juga me-ngadakan pertemuan dengan Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah.

Di samping itu, Tuan Yang Terutama juga berpeluang membuat lawatan ke Muzium Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta tempat-tempat menarik seperti Muzium Alat Kebesaran Diraja dan Pusat Kaji Selidik Botanikal di Universiti Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua menerima kunjungan hormat daripada TYT Yasunori Nishida di Kementerian Pertahanan.