Menteri Pertahanan Sudan meninggal dunia

KAHERAH, 25 MAC – Menteri Pertahanan Sudan, Jeneral Gamal al-Din Omar, telah meninggal dunia kelmarin akibat serangan jantung semasa mengadakan lawatan rasmi ke negara jiran, Sudan Selatan, tentera Sudan dan pegawai kerajaan berkata kelmarin. Beliau meninggal dunia pada usia 60 tahun.

Omar berada di ibu kota Selatan Sudah, Juba, mengambil bahagian dalam rundingan perdamaian di antara kerajaan peralihan negaranya dan kumpulan pemberontak. Beliau menghadiri mesyuarat sehingga lewat hari Selasa dan meninggal dunia awal hari ini, kata pegawai. Tiada maklumat lanjut diberikan.

Omar ialah ahli Majlis Berdaulat Sudan, yang merampas kuasa tahun lalu di bawah perjanjian perkongsian kuasa selama 39 bulan di antara tentera negara dan pergerakan pro demokrasi yang membawa kepada pemberontakan menentang bekas autokratik Presiden Omar al-Bashir. – AP