Menteri selamat daripada nahas

ANTANANARIVO, 21 DIS – Salah seorang dari dua yang terselamat yang telah berenang selama 12 jam ke persisiran hari ini adalah menteri dari Madagascar apabila helikopter mereka terhempas di persisiran pulau timur laut, kata pihak berkuasa.

Pencarian dijalankan untuk mencari dua orang penumpang lain selepas kemalangan kelmarin, di mana punca kejadian masih lagi belum dikenal pasti, kata pihak polis dan pihak berkuasa pelabuhan.

Setiausaha Polis Negara, Serge Gelle, dan rakan sejawat anggota polis lainnya telah sampai ke darat di bandar tepi laut, Mohambo secara berasingan pada pagi hari ini, nampaknya mereka keluar dan melepaskan diri dari pesawat terbang itu, kata Ketua pihak berkuasa pelabuhan, Jean-Edmond Randrianantenaina.

Dalam perkongsian video di media sosial, Gelle ,57, dilihat terbaring kepenatan, masih lagi memakai pakaian uniform penyamaran. – AFP