Monday, November 11, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri UK akan tangguh projek HS2

    LONDON, 24 SEPT – Menteri kerajaan UK hari ini berkata ‘tidak bertanggungjawab’ untuk melaburkan wang dalam projek peningkatan kelajuan kereta api (HS2) baharu jika terdapat perubahan ‘gambaran fiskal’ negara tersebut.

    Menteri Pertahanan, Grant Shapps, berkata demikian selepas beberapa laporan mengatakan bahawa Perdana Menteri, Rishi Sunak, sedang mempertimbangkan untuk membatalkan projek rel besar HS2 yang telah melihat kos semakin meningkat.

    Kini, UK sedang dilanda krisis kos sara hidup dengan kenaikan kos perumahan dan makanan, memicu gelombang mogok yang melumpuhkan ekonomi daripada doktor hingga pemandu keret api.

    Bajet pertahanan negara juga mengalami tekanan berdepan pelbagai cabaran baharu termasuk perang di Ukraine.

    “Terdapat pelbagai anggaran yang berbeza dan saya fikir itulah salah satu perkara yang kerajaan perlu siasat, terutamanya mengenai kos-kos gambaran inflasi selepas perang di Ukraine,” kata Shapps, kepada televisyen BBC.

    “Saya perlu mengatakan bahawa saya tidak bertanggungjawab untuk hanya membelanjakan wang, meneruskan seperti tiada apa-apa yang berubah, jika terdapat perubahan dalam gambaran fiskal tersebut,” tambahnya.

    Direka untuk mendekatkan bandar-bandar utama di utara England dengan London, projek HS2 dianggarkan berjumlah AS$46 bilion pada tahun 2013, tetapi telah melonjak kepada kira-kira AS$122 bilion.

    Ia akan menjadi laluan berkelajuan tinggi kedua Britain selepas HS1, digunakan oleh Eurostar di tenggara England. – AFP

    Kerajaan Britain hari ini mengesahkan mereka mungkin akan membatalkan sebahagian besar projek kereta api. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda