Menteri UK letak jawatan kerana perjalanan Cummings

LONDON, 26 MEI – Kerajaan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, telah dikejutkan dengan peletakan jawatan pertama hari ini atas kontroversi mengenai perjalanan merentas negara, Dominic Cummings semasa perintah berkurung koronavirus.

Usaha yang lemah diambil oleh menteri-menteri untuk cuba dan beralih dari krisis yang telah mendominasi politik Britain sejak beberapa hari, telah mendorong Douglas Ross, seorang menteri Scotland untuk meletak jawatan sebagai tanda protes.

“Saya mempunyai pengundi tempatan yang tidak dapat mengucapkan selamat tinggal kepada orang yang tersayang; keluarga yang tidak dapat berkabung bersama; orang yang tidak mengunjungi saudara yang sakit kerana mengikut garis panduan kerajaan,” katanya dalam laman Twitter semasa mengumumkan peletakan jawatannya.

“Saya tidak dapat mengatakan kepada mereka bahawa mereka semua adalah salah dan seorang penasihat kanan kerajaan betul.”

Peletakan jawatan tersebut akan meningkatkan tekanan kepada Cummings, yang mengadakan sidang media luar biasa pada Isnin lalu untuk membenarkan perjalanan isterinya dan anak lelakinya dalam perjalanan sejauh 264 kilometer dari London ke Druham di timur laut England semasa kemuncak krisis koronavirus.

Menteri untuk Scotland, Douglas Ross meletak jawatan sebagi tanda protes mengenai kontroversi Dominic Cummings yang melanggar perintah berkurung COVID-19. – AP

Tidak lama selepas Ross meletak jawatan, Harriet Baldwin menyertai senarai nama anggota parlimen Konservatif yang semakin meningkat menyeru Cummings untuk mengundurkan diri.

Seorang bangsawan, Michael Heseltine memberitahu Sky News bahawa ‘kekurangan kredibiliti’ Cummings telah ‘merosakkan kerajaan’

Beberapa ahli paderi serta anggota parti pembangkang turut meminta dia meletak jawatan, yang akan bertemu hari ini mengenai krisis.

Downing Streets berkata mereka ‘kesal’ dengan keputusan yang dibuat oleh Ross.

Peletakan jawatan tersebut dibuat selepas ahli kabinet tertinggi mempertahankan tindakan Cummings dan berkata pembantu kontroversi itu tidak melanggar undang-undang. – AFP