Menteri UK letak jawatan kerana salah guna kuasa

LONDON, 4 MEI – Seorang menteri kerajaan Britain meletak jawatan hari ini selepas siasatan mendapati beliau menyalahgunakan kedudukannya untuk mengugut seseorang yang terbabit dalam pertikaian urusan perniagaan dengan bapanya.

Conor Burns meletak jawatan sebagai menteri perdagangan junior selepas jawatankuasa standard Dewan Rakyat mendapati beliau mengeluarkan ‘ugutan’ bahawa melainkan bapanya dibayar beliau akan mengemukakan isu tersebut di Parlimen.

Jawatankuasa berkata ia merupakan ‘penyalahgunaan status dalam satu percubaan untuk menakutkan anggota awam’ dan berkata Burns sepatutnya digantung dari Parlimen selama seminggu. – AP