Sunday, November 10, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Uruguay letak jawatan

    MOSCOW, 5 NOV – Menteri Dalam Negeri Uruguay, Luis Alberto Heber, Timbalan Menteri Guillermo Maciel dan penasihat presiden untuk komunikasi dan strategi, Roberto Lafluf meletak jawatan di tengah-tengah skandal pemberian pasport kepada pengedar dadah yang dihendaki di pelbagai negara, Sputnik memetik laporan akhbar La Diaria hari ini.

    Presiden Luis, Lacalle Pou berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan para pegawai terbabit semalam, lapor saluran berita Uruguay itu.

    Ketua Pengarah Sekretariat Kementerian Dalam Negeri, Nicolas Martinelli akan memegang jawatan Menteri Dalam Negeri, manakala Menteri Perindustrian, Tenaga dan Perlombongan, Omar Paganini akan menyandang jawatan Menteri Luar.

    Pada Khamis, Menteri Luar Uruguay, Francisco Bustillo meletak jawatan selepas panggilan telefon mengenai percubaan beliau menghalang siasatan berhubung pemberian pasport kepada pengedar dadah Sebastian Marset yang disabitkan kesalahan didedahkan. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan Menteri Luar Uruguay, Francisco Bustillo memberikan kenyataan selepas bertemu dengan rakan sejawatan Brazil Mauro Vieira di Istana Itamaraty di Brasilia. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda