Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Menu emas sempena TBC kembali

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Menu emas khas kegemaran ramai, KFC Golden Egg Crunch kembali lagi bersempena Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) yang bakal menjelang.

    Di samping itu, KFC Celebration Bucket turut dikembalikan bersama hidangan sampingan baharu, KFC Broccoli Cheese Balls.

    Menurut kenyataan KFC, KFC Golden Egg Crunch menggabungkan ramuan saling melengkapi antara satu sama lain, Golden Leaf Seasonings khusus iaitu telur asin, empingan cili, empingan parsli, dan serbuk bawang putih yang meliputi ayam Hot & Spicy signature sepenuhnya.

    Sementara itu, KFC Broccoli Cheese Balls adalah bebola emas yang rangup di luar dengan kejutan tekstur yang tidak disangka di mana kuntuman brokoli segar disalut dengan keju lembut dan cair di dalam.

    Kenyataan menyatakan bahawa KFC Golden Egg Crunch boleh didapati melalui beberapa pilihan iaitu kombo dua ketul dan kombo tiga ketul.

    Pada masa yang sama, KFC Celebration Bucket yang dihidangkan bersama Broccoli Cheese Balls boleh didapati dalam kombo lima ketul dan kombo sembilan ketul.

    KFC Broccoli Cheese Balls boleh juga didapatkan secara a-la carte.

    KFC Golden Egg Crunch kini kembali semula sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2022.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...