Thursday, December 7, 2023
27.5 C
Brunei

    -

    Menu kelas pertama Titanic dijual £66,000

    LONDON, 12 NOV – Selepas lebih 111 tahun sejak tragedi Titanic, artifak bernilai daripada kapal mewah itu, termasuk menu untuk penumpang kelas pertama dilelong dengan harga puluhan ribu pound, lapor agensi berita Jerman.

              Menu itu pernah mencetuskan fenomena kerana dikatakan satu-satunya menu yang masih ada sejak 11 April 1912.

              Antara jenis hidangan yang tertera dalam menu itu, termasuk tournados of beef a la Victoria, daging kambing dan daging itik melewar (mallard) dan terjual dengan harga £66,000 (AS$81,000).

              Selimut dari kabin kelas pertama yang mungkin dibawa oleh seorang daripada penumpang yang terselamat ke dalam bot penyelamat dan dianggarkan bernilai £70,000 hingga £100,000 telah terjual pada harga £76,000. – Bernama

     

    Foto hiasan freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...