Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Menu Rahmah diperkenal tepat pada masa

MELAKA, 2 FEB – Menu Rahmah yang menawarkan nasi, ikan atau ayam dan sayur dengan harga RM5 ke bawah yang dilancar kerajaan baru-baru ini, dilaksanakan tepat pada masanya ekoran kenaikan harga pelbagai barangan ketika ini.

Suri rumah, Akma Yusof, 48, dari Merlimau, Jasin berkata dia datang ke pasar raya Mydin semata-mata untuk mencuba set Menu Rahmah hari ini yang merangkumi nasi putih, ikan sambal dan kubis goreng serta air mineral.

“Memang berbaloi sangat, saya beli dua bungkus untuk dibawa pulang. Kalau di luar harganya mesti lebih RM5. Saya harap usaha seumpama ini akan dikekalkan untuk membantu rakyat terutama golongan B40,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pasar Raya Mydin di Ayer Keroh di sini hari ini.

Penjawat awam, Noor Solehah Mohd Nasir, 29, berkata menu itu mampu membantu mengurangkan beban rakyat yang terkesan dengan ketidaktentuan ekonomi ketika ini.

“Inisiatif yang ditawarkan sangat berbaloi, bukan sahaja dalam set nasi tetapi juga minuman.

Harganya juga boleh tampung perbelanjaan makan tengah hari untuk dua hari,” katanya yang biasa membelanjakan antara RM10 hingga RM15 sehari untuk makan tengah hari. – Bernama

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan juadah makanan Menu Rahmah ketika tinjauan mengenai di pasar raya Mydin dekat Ayer Keroh kelmarin. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -