Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menu segera tawan selera

    BOSAN dengan hidangan rendang, kari, lemang dan makanan yang lazimnya dihidangkan sewaktu Aidilfitri.

    Sebagai alternatif, anda boleh membeli beberapa bahan-bahan ringkas seperti ikan, santan dan sebagainya sekali gus menyajikan menu yang ringkas dan berbeza namun tetap memiliki rasa yang enak.

    Memandangkan bahan-bahan masakan yang diperlukan adalah cukup mudah untuk diperolehi setentunya ia juga memudahkan lagi anda untuk mencuba resipi ini di rumah.

    Wantan Tenggiri

    Bahan-bahan:

    12 keping kulit Wantan

    1 tin (155 gram) tenggiri tanpa sos dan dilenyekkan.

    1 biji bawang merah yang diracik halus.

    2 sudu besar daun ketumbar yang diracik halus.

    1 biji telur

    1 sudu kecil tepung beras.

    Cara memasak:

    Campurkan isi tenggiri dengan hirisan bawang merah, daun ketumbar dan tepung beras. Kacau hingga sebati. Panaskan minyak dalam kuali untuk kaedah masakan deep frying. Isikan satu sudu kecil ikan tenggiri di atas kulit wantan dan lipatkan berbentuk segi tiga. Berus bahagian tepinya dengan sedikit telur yang telah dipukul untuk menutup wantan. Ulangi langkah sehingga selesai. Apabila minyak sudah cukup panas, goreng sehingga kulit wantan berwarna keperangan dan rangup Wantan tenggiri sedia untuk dihidang

    Smoothie Mangga Kelapa

    Bahan-bahan:

    1 biji mangga masak yang dipotong dadu.

    150 ml yogurt

    80 ml santan

    Cara memasak:

    Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar dan kisarkan sehingga lembut. Simpan di dalam peti sejuk dan keluarkan apabila hendak diminum.

    Kerabu Tuna

    Bahan-bahan:

    1 tin tuna Omega 3 yang dihancurkan.

    80 gram bawang merah yang dihiris halus.

    1 batang lobak yang dihiris halus memanjang.

    2 batang timun yang dihiris halus memanjang

    1 batang lobak merah yang dikupas dan dihiris halus memanjang

    4 biji cili padi yang diracik.

    2 batang seri yang diracik.

    1 tangkai daun ketumbar yang dicincang.

    4 helai daun limau purut yang dihiris halus.

    Bahan untuk sos:

    100 gram gula Melaka

    50 ml sos ikan

    50 ml air

    2-3 biji limau nipis yang diambil jus.

    Cara memasak:

    Masak gula Melaka dan sos ikan dengan kadar api yang perlahan sehingga gula cair. Ketepikan. Campur bahan lain dengan sos tadi dan gaul rata. Hidang sejuk. Boleh tambah kacang bakar yang dipotong untuk menambah tekstur.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda