Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Menu vegan sebagai satu amalan sihat

    NEW YORK – Lupakan mengenai makanan pizza daging atau keju. Sebaliknya, chickpea wraps dan taco sayuran akan dimasukkan dalam menu untuk pelajar sekolah awam Bandar New York apabila sekolah daerah terbesar negara beralih kepada “Vegan Fridays” di kafeteria sekolah.

    Langkah itu didorong oleh Datuk Bandar baharu, Eric Adams, yang mengikuti dan mempromosikan diet berasaskan tumbuhan yang dipercayainya untuk meningkatkan kesihatannya.

    “Saya tidak boleh memberitahu orang ramai apa yang perlu diletakkan atas gril mereka pada hujung minggu. Tetapi, kita tidak sepatutnya menyebabkan kepada krisis penjagaan kesihatan di penjara kita, hospital, dan yang paling penting, di sekolah kita, jadi kita mahu pergi ke arah yang lebih sihat, “kata Adams dalam temu bual di WNBC-TV pada Jumaat.

    Pilihan vegan sudah tersedia di semua sekolah awam di bandar ini setiap hari, tetapi mulai hari Jumaat dan berterusan setiap minggu, tawaran makan tengah hari akan menjadi vegan. Pelajar masih boleh meminta pilihan bukan vegan, menurut Jabatan Pendidikan bandar, dan susu, mentega kacang dan sandwic, hummus dan pretzel akan sentiasa tersedia untuk para pelajar.

    Sekolah awam Bandar New York, yang mempunyai sekitar 938,000 pelajar, telah menawarkan Isnin Tanpa Daging sejak 2019 dan Jumaat Tanpa Daging sejak April. Di seluruh negara, 14 peratus daripada sekolah daerah menawarkan makanan vegan dan 56 peratus menawarkan makanan vegetarian di sekurang-kurangnya satu dari sekolah mereka, menurut tinjauan 2018 daripada Persatuan Pemakanan Sekolah, sebuah kumpulan perdagangan yang mewakili program pemakanan sekolah dan pekerja.

    Imej tersebut menunjukkan kacang kuda Mediterranean, dihidangkan bersama nasi atau pasta, kubis bunga panggang dan brokoli, salad bar bayam dan salad cranberi untuk menu makan tengah hari bagi sekolah-sekolah di BandarNew York. – AP

    Salah satu jenis makanan yang terdapat dalam menu yang berasaskan tumbuhan untuk membiasakan para pelajar atau kanak-kanak mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat. – AP

    Tidak jelas jika terdapat rancangan dalam daerah lain di seluruh negara untuk menjadi vegan satu hari seminggu seperti sekolah di Bandar New York.

    Sekolah-sekolah di Bandar New York mengatakan makanan vegannya telah diuji dan diluluskan oleh beberapa kumpulan kecil yang tergolong daripada pelajar.

    Menu hari Jumaat termasuk taco sayuran vegan bersama tortilla dan salsa, dengan brokoli, dan salad lobak merah dan lemon di sebelah. Tawaran lain yang dirancang bulan ini termasuk hidangan kacang kuda Mediterranean dengan nasi atau pasta, dan semangkuk nasi kacang hitam dan pisang.

    Adams, bekas kapten polis Bandar New York, berkata dia menukar gaya hidup dengan makanan ringan untuk diet berasaskan tumbuhan yang membantunya mengatasi kencing manis. Dia menulis buku tentang dietnya, ‘Healthy at Last’.

    Hampir 40 peratus kanak-kanak sekolah awam Bandar New York dalam gred K-8 mempunyai berat badan berlebihan atau obes, menurut data yang dipetik oleh bandar itu pada 2019.

    Angela Odoms-Young, seorang profesor dalam bahagian sains pemakanan di Universiti Cornell yang membantu membangunkan piawaian pemakanan untuk Program Makan Tengah Hari Sekolah Kebangsaan, berkata peralihan di sekolah adalah ‘inovatif dan mengujakan’.

    Odoms-Young berkata penambahan dalam makanan berasaskan tumbuhan boleh membantu memastikan pelajar mendapat lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran yang disyorkan sehari, mendedahkan mereka kepada makanan

    yang mungkin secara kebiasaannya yang mereka tidak makan dan mengukuhkan tabiat sihat sepanjang hayat.

    Dia juga berkata ia boleh menghilangkan tanggapan kanak-kanak enggan makan sayur.

    “Ia bukan sahaja brokoli,” kata Odoms-Young. “Ia boleh menjadi pelbagai jenis makanan yang mungkin dimakan oleh kanak-kanak terutamanya jika ia disediakan dengan cara yang berbeza.” – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...