Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Menurut Rosmah, kehilangan barang kemas bukan tanggungjawabnya

    KUALA LUMPUR, 7 JUN – Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap kehilangan 43 barang kemas bernilai jutaan ringgit yang telah diserahkan kepadanya oleh sebuah syarikat pemborong barang kemas dari Lubnan.

    Isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata kenyataannya bahawa barangan kemas itu telah diambil oleh pihak polis atau kerajaan Malaysia melalui perundangan adalah benar dan bermerit memandangkan satu daripada 44 barangan kemas tersebut telah dijumpai di dalam milikan mereka.

    “Bukan saya penyebab kehilangan barangan kemas itu. Saya telah menyimpan semua barangan kemas itu di tempat yang sama dan ia telah disita dan diambil oleh pihak polis. Saya ingin menegaskan bahawa umum tahu semua harta milik saya dan keluarga telah dirampas dan disita oleh pihak berkuasa.

    “Oleh yang demikian, tidak mungkin saya boleh menyimpan barangan kemas bernilai jutaan ringgit tersebut (di tempat lain), selain saya juga tidak dibenarkan untuk keluar negara,” katanya menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan semalam menerusi Tetuan Reza Rahim & Rajivan.

    Rosmah, 71, disaman oleh Global Royalty Trading SAL, selaku plaintif bagi menuntut US$14.57 atau RM67.46 juta, atas dakwaan melanggar kontrak berhubung kehilangan 43 barang kemas kepunyaan syarikat itu yang diserahkan kepadanya lima tahun lepas. – Bernama

    “Bukan saya penyebab kehilangan barangan kemas itu. Saya telah menyimpan semua barangan kemas itu di tempat yang sama dan ia telah disita dan diambil oleh pihak polis,” jelas Rosmah. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...