Wednesday, October 9, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menyeberang lautan Atlantik guna tong

    FORT-DE-FRANCE, 9 Mei – Seorang lelaki Perancis berusia 72 tahun selamat tiba di pulau Martinique, Caribbean hari ini untuk meraikan penyeberangan Atlantik dalam masa empat bulan dibawa oleh arus dalam tong yang ditempah khas.

    “Ia adalah perlayaran menggembirakan sekali gus berisiko,” kata Jean-Jacques Savin selepas memeluk rakannya Josyane buat pertama kali sejak dia diturunkan ke dalam perairan luar Pulau Canary pada 26 Disember.

    Savin sudah pun mengumumkan lawatannya satu kejayaan pada 27 April apabila dia secara rasminya memasuki Caribbean selepas 122 hari berada di laut.

    Lima hari kemudian, Savin dan tongnya diangkut keluar dari sebuah kapal tangki minyak Belanda, setelah meminta bantuan untuk mengelak dibawa ke pantai Amerika Syarikat atau negara lain, yang akan menyukarkannya untuk kembali ke Perancis.

    Martinique adalah salah satu jabatan di luar negara dan wilayah Perancis.

    Jean-Jacques Savin, berdiri di sebelah tongnya di atas kapal selepas dibawa kembali ke Fort-de-France, di Caribbean Perancis, kelmarin. – AFP

    “Beberapa langkah pertama saya sukar, ia seperti terumbang-ambing,” kata Savin kepada kira-kira 23,000 pengikutnya di halaman Facebooknya.

    “Ia adalah pancuran mandi pertama saya dengan sabun dalam 127 hari… Mereka menawarkan apa sahaja makanan yang saya mahu,” tambahnya.

    Selepas beberapa hari di pulau Saint-Eustache, kapal tunda Perancis membawa tong dan Savin ke Martinique.

    Dia kehilangan empat kilogram dalam perjalanannya dalam tong yang diperbuat daripada kayu lapis bersalut resin, sangat kukuh untuk menahan gelombang dan serangan daripada ikan paus orca.

    Dengan ukuran panjang tiga meter (10 kaki) dan 2.10 meter, ia memberikannya kira-kira 6 meter persegi (65 kaki persegi) ruang yang sempit. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda