UMUM mengetahui bahawa kerja keras dan usaha seseorang individu menjadi prinsip asas dalam mencapai sesuatu kejayaan.
Justeru perkara tersebut merupakan aspek utama yang ditonjolkan dalam siri drama Korea terbaru yang berjudul Strongest Deliveryman.
Siri drama yang menampilkan kisah penuh inspirasi ini ditulis oleh Lee Jung-Woo dan diarahkan oleh Jeon Woo-Sung yang sebelum ini pernah mengarahkan siri drama The Promise dan The Fugitive of Joseon.
Ia membariskan Go Kyung-pyo, Chae Soo-bin, Kim Seon-ho dan Ko Won-hee sebagai pelakon utama.
Pada dasarnya ia mengisahkan mengenai seorang lelaki bernama Choi Kang-soo lakonan Go Kyung-pyo yang cukup bersemangat dalam melakukan tugasan untuk menghantar makaan segera terkenal Korea, Jajangmyeon ke rumah-rumah pelanggan.
Berkat daripada kesabaran Go Kyung-pyo dalam melaksanakan tugasan hariannya sekaligus turut mendorong beliau untuk membuka syarikat sekaligus bergelar Pengurus Syarikat itu.
Dari sudut yang lain, Lee Dan-ah lakonan Chae Soo-bin adalah merupakan seorang wanita yang memiliki pendirian yang teguh untuk mencari sumber kewangannya untuk menyara hidupnya tanpa tidak pernah sedikit pun berfikir untuk mendapatkan perhatian atau bantuan daripada kaum lelaki.
Tanpa disedari, kedua-dua individu yang menceburkan diri dalam bidang kerja penghantaran itu telah bertemu secara tiba-tiba dan wujud persaingan di antara mereka berdua.
Walaupun mereka saling bersaing namun secara tidak sengaja juga perasaan cinta juga mula wujud di antara dua orang individu itu.
Lalu apakah kesudahan di antara dua individu tersebut dan untuk mengetahui kesudahannya jangan terlepas untuk terus untuk menonton siri drama Strongest Deliveryman sehingga ke penghujungnya.
Barisan pelakon yang membintangi siri drama Strongest Deliveryman.