Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Menyemarakkan Awal Tahun Baharu Hijrah 1444

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 29 JULAI – Pelbagai acara keagamaan telah diadakan di seluruh negara bersempena menyambut Awal Tahun Baharu Hijrah 1444, hari ini.

    Di Daerah Belait, acara tumpuan diadakan di Masjid RPN Kampung Pandan, Kuala Belait, dan dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku tetamu kehormat majlis.

    Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Da-erah Belait, Awang Mohamad Yasin bin Haji Ahmed, Ketua Pegawai Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Awang Mohamad Aliyani bin Ismail dan para pegawai serta kakitangan daripada pelbagai agensi kerajaan di daerah itu.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Akhir Tahun 1443H yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid RPN Kampung Pandan, Awang Abdul Qayyum bin Haji Aminuddin dan diikuti dengan solat fardu Maghrib berjemaah.

    Selain itu, acara turut diisikan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ketua Unit Kaunseling dan Kefahaman Agama, Haji Saharuddin bin Haji Patra, berpandukan tema sambutan Awal Tahun Baharu Hijrah 1444 peringkat negara, ‘Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal dan Berdoa Menghadapi Ujian: Memacu Wawasan Negara’.

    Majlis diakhiri dengan solat fardu Isyak berjemaah yang dipimpin oleh pegawai hal ehwal masjid berkenaan.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa menghadiri majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...