Merah sehari rai kerjasama

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Standard Chartered telah menjadi rakan utama rasmi Liverpool FC (LFC) sejak 2010 dan tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 perkongsian berkenaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Standard Chartered Brunei, di sini, sebagai sebahagian daripada sambutan berkenaan, bank berkenaan telah telah mengadakan acara Red for a Day di mana kakitangan di seluruh dunia digalakkan untuk memakai pakaian merah pada hari ini.
Kakitangan yang memakai pakaian merah boleh mengikuti pertandingan dan memenangi tiket untuk menyaksikan aksi LFC secara langsung di Anfield.

Kenyataan menyatakan, bank berkenaan telah memperbaharui kontrak tajaan bersama LFC pada 2018 dan hubungan dengan kelab berkenaan akan dilanjutkan sehingga penghujung musim 2022-2023, menjadikannya perjanjian tajaan paling lama dalam sejarah Reds.

Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Brunei, Pengiran Aki Ismasufian bin Pengiran Haji Ibrahim bersama kakitangan yang berpakaian merah, meraikan ulang tahun ke-10 kerjasama Standard Chartered dan LFC.