Wednesday, October 16, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Merasai keajaiban dunia di Thailand

    DENGAN mengharungi kawasan pergunungan Bangkok yang subur sehinggalah ke sebuah kampung terpencil, menelusuri jejak-jejak gajah di sungai yang mengalir deras dan mengunjungi pusat membeli mewah Bangkok yang berkilauan – dengan setiap langkah adalah seperti berjalan ke dunia yang berbeza, masing-masing mempunyai keindahannya tersendiri dan semuanya ada di Thailand, demikian menurut menurut Courtney Bonnel dari Associated Press.

    Jangan lupa untuk mengunjungi kuil yang bergemerlapan, pasar malam yang penuh sesak dengan pengunjung dan merasai urutan Thai yang terkenal di dunia bagi melegakan otot-otot yang sudah letih.

    Bangkok

    Pusat membeli belah dan pasar-pasar di ibu negara itu sepertinya tidak berkesudahan, dari Siam Paragon, penuh dengan jenama pereka terkenal dan kedai-kedai makanan mewah, sehinggalah pondok-pondok barangan murah dimana pencari-pencari cenderamata saling tawar menawar terhadap barangan-barangan yang dimahukan seperti gelang dan alat perhiasan.

    Pada waktu tengah malam, pasar malam menjadi hidup, sibuk dengan pembeli yang membeli cermin mata hitam dan kasut murah manakala keluarga dan rakan-rakan menikmati sup dan kari dalam satu bekas yang dipanaskan.

    Para penjual menjual barangan mereka di Yaowarat Road, jalan utama di Bangkok Chinatown. – AP
    Para penjual menjual barangan mereka di Yaowarat Road, jalan utama di Bangkok Chinatown. – AP
    Pusat membeli belah dan pasar-pasar di ibu negara itu sepertinya tidak berkesudahan, dari Siam Paragon, penuh dengan jenama pereka terkenal dan kedai-kedai makanan mewah, sehinggalah pondok-pondok barangan murah. – AFP
    Pusat membeli belah dan pasar-pasar di ibu negara itu sepertinya tidak berkesudahan, dari Siam Paragon, penuh dengan jenama pereka terkenal dan kedai-kedai makanan mewah, sehinggalah pondok-pondok barangan murah. – AFP
    Patung Buddha besar menjadi tarikan utama di Wat Pho, atau dekenali sebagai Temple of the Reclining Buddha, di Bangkok. – AP
    Patung Buddha besar menjadi tarikan utama di Wat Pho, atau dekenali sebagai Temple of the Reclining Buddha, di Bangkok. – AP
    Dua bangunan yang penuh dengan hiasan dan ukiran di Wat Phra Kaew, atau dikenali sebagai Temple of the Emerald Buddha, di Bangkok. – AP
    Dua bangunan yang penuh dengan hiasan dan ukiran di Wat Phra Kaew, atau dikenali sebagai Temple of the Emerald Buddha, di Bangkok. – AP

    Bangkok juga terkenal dengan kuil-kuil mewah, termasuk Wat Pho, Temple of the Reclining Buddha, sebuah monumen yang bertingkat-tingkat yang dipanggil ‘chedis’, sama dengan ‘stupa’. Bahagian tengahnya terdapat patung Buddha besar, dengan lilitan emasnya menyentuh dinding kuil tersebut dari hujung ke hujung yang lain.

    Bersebelahan dengan kompleks Grand Palace, kelihatan pengunjung berkabung berpakaian hitam putih menunggu dalam barisan panjang untuk memberikan penghormatan kepada Raja Bhumibol Adulyadej. Pemimpin tercinta itu meninggal dunia pada Oktober selepas memerintah selama 70 tahun – imejnya sentiasa berada di papan-papan iklan dan tempat-tempat suci.

    Kompleks ini juga menempatkan kuil paling suci di Thailand, Wat Phra Kaew, atau dinamakan sebagai ‘Temple of the Emerald Buddha’, bangunan yang dihiasa dengan dengan kilauan emas.

    Apa yang menarik perhatian lagi adalah susuk saiz patung Buddha terkenal, yang diukir dari jed dan dipakaikan dengan baju emas, dengan ketinggian 26 inci.

    Chiang Mai

    Sebuah bandar lama yang mempunyai kuil-kuil terkenal, termasuklah Wat Chedi Luang. Bata merah yang menjulang tinggi, mempunyai tangga bertingkat-tingkat namun kini sudah tiada lagi, tetapi batu naga masih berdiri megah.

    Kuil kegemaran beliau adalah Wat Pha Lat, yang terletak di dalam hutan, berada di luar Chiang Mai. Beliau sampai kesana dengan mendaki Monks Trail, yang telah ditandai dengan jalur kain oren. Menuju jauh ke kawasan pergunungan ke kuil terkenal Doi Suthep dengan menggunakan pengangkutan ‘songthaew’, sebuah teksi pengangkutan awam.

    Lapar selepas mendaki? Pergi saja ke penjaja-penjaja jalanan dan pelbagai jenis pilihan restoran yang banyak terdapat di kawasan pusat pelancongan: nasi kari hijau bersama sayur-sayuran, cendawan goreng dan pad thai, ditambah dengan makanan-makanan berunsurkan masakan daging.

    Untuk menyejukkan diri daripada rasa panas atau pedas, cuba segarkan diri dengan jus delima atau ais krim kelapa.

    Pengembaraan yang tidak dapat dilupakan

    Chiang Mai adalah batu loncatan buat penggemar aktiviti-aktiviti berjalan kaki yang mencabar, lawatan gajah buat pelancong dan aktiviti pengembaraan luar yang lain.

    Courtney Bonnel telah menempah seorang pemandu ekopelancongan dan menginap di rumah penginapan di sebuah kampung yang berada empat setengah jam dari rantau Mae Hong Son.

    Kumpulan etnik The Karen tinggal di sana, dengan suasana eko pertanian beras dan kubis di lereng-lereng bukit yang kehijauan. Tukang pandu beliau memetik buah markisa yang tumbuh liar di hutan itu untuk mereka merasainya, kemudian memperlihatkan kepada beliau labah-labah sebesar tangan dan membuat petongan buluh untuk dijadikan cawan. Mereka akhirnya berada di puncak dan berjaya memasuki kampung itu dengan minum minuman hasil buatan mereka sendiri.

    Mereka kemudiannya mempersiapkan katil dan selimut yang diletakkan di atas lantai kayu dan berehat antara beg-beg beras dimana tuan rumah menyediakan makan malam kami di perdiangan rumah itu.

    Tidur di rumah yang terbuka dimana di situlah Courtney Bonnel hanya merasa sejuk sepanjang lawatannya, dan juga satu-satunya tempat beliau tidak mandi dan menggunakan tandas mencangkung.

    Gajah-gajah

    Beliau mahu menyaksikan dan menikmati sendiri pengalaman bersama haiwan megah itu, yang menjadi ikonik di Thailand tetapi sering dieksploitasi, dengan cara yang beretika.

    The Elephant Nature Park membolehkan beliau untuk melakukan perjalanan bersamanya, tidak berada di atas mereka. Kami meneruskan perjalanan melalui hutan dengan memberikannya pisang dan tembikai melalui belalai gajah itu.

    Gajah-gajah menyeberangi sungai di Elephant Nature Park di luar Chiang Mai, Thailand. – AP
    Gajah-gajah menyeberangi sungai di Elephant Nature Park di luar Chiang Mai, Thailand. – AP

    Ia sangat nyata dan sedikit mencemaskan apabila rombongan beliau membawa dan mengetuai empat ekor gajah betina yang kebanyakannya buta dan seekor gajah tua yang berlumpur, dengan laluan yang tidak sekata, dan cuba untuk mengekalkan keseimbangan mereka sambil mengelakkan kaki mereka.

    Dalam bahagian lain di kawasan taman itu, kami berjaya mengintip seekor anak gajah.

    Kepulauan Phi Phi

    Selepas membuat aktiviti ‘trekking’, mereka kemudiannya pergi ke kawasan pantai yang seperti berada di dunia lain iaitu Pulau Phi Phi – dengan sebutan ‘Pee pee’.

    Akan tetatpi hujan turun telah membasahi kepulauan itu sebaik saja mereka sampai disana dan berazam untuk tidak mensia-siakan pengalaman itu.

    Bot panjang berlabuh di sebuah pantai kecil di Ko Phi Phi Leh, sebuah pulau di luar pantai barat daya Thailand. – AP
    Bot panjang berlabuh di sebuah pantai kecil di Ko Phi Phi Leh, sebuah pulau di luar pantai barat daya Thailand. – AP
    Pemandangan Maya Bay yang menakjubkan sepertimana yang dipaparkan dalam filem ‘The Beach’ yang membuat ianya terkenal.
    Pemandangan Maya Bay yang menakjubkan sepertimana yang dipaparkan dalam filem ‘The Beach’ yang membuat ianya terkenal.

    Mereka memilih untuk menginap di resort terpencil di Ko Phi Phi Don, sebuah pulau terbesar. Sebuah bot panjang disediakan untuk kami sampai kesana dan mengharunginya dalam laut yang bergelora, menggakibatkan mereka basah daripada semburan air laut dan hujan yang melanda ketika itu, dan kami berusaha untuk mengambil gambar batu tinggi berwarna kehijuan di Laut Andaman.

    Pada hari berikutnya, cuaca sangat mengizinkan buat kumpulan pelancongan yang pergi ke pulau yang lebih kecil iaitu Koh Phi Phi Leh dan beberapa tempat-tempat menarik disana seperti Maya Bay, yang menakjubkan sepertimana yang dipaparkan dalam filem ‘The Beach’ yang membuat ianya terkenal.

    Walaupun pada awal pagi,namun ianya sangat sukar untuk mencari tempat yang sesuai untuk mengambil gambar di kawasan tersebut.

    Berdekatan dengan kawasan itu, kami mendapati laluan kosong di tepi bibir bukit untuk menuju ke Blue Lagoon, yang dipenuhi dengan bot-bot pelancong. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda